15 research outputs found

    Geotecnologias nos estudos geológicos e geotécnicos para suporte à gestão ambiental no litoral norte do RS (Brasil): um panorama de duas décadas.

    Get PDF
    O objetivo deste trabalho foi comparar os dados disponíveis, bem como as técnicas e os softwares utilizados há duas décadas frente ao que hoje está disponível para produzir mapas temáticos, empregando dados vetoriais e de imagens e integrando os mesmos num sistema de informações geográficas (SIG)

    Piagam Madinah dalam Pembentukan Peradaban Multietnik Pasca Malaysia

    Full text link
    Islam adalah agama kebaikan, keamanan, ketenangan dan kesejahteraan kepada seluruh alam semesta. Dalam teks ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik memulakan tugas sebagai Perdana Menteri kelapan di Perdana Putra dan setelah mengangkat sumpah di hadapan YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, beliau ada menyatakan ‘baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah Perdana Menteri saudara','kerajaan pimpinan saya akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan merapatkan jurang ekonomi dalam komuniti' dan ‘saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah. Kata-kata ini sesuai dalam era pentadbiran Pasca Malaysia serta usaha membentuk peradaban multietnik yang sejahtera. Islam melarang manusia berlaku zalim sesama manusia termasuk haiwan. Hadis riwayat al-Imam al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda;“Sesiapa yang dengan sewenang-wenang membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil daripadanya, maka Allah SWT akan meminta pertanggungjawaban kepadanya”. Malaysia adalah negara berbilang etnik dan peradaban. Agenda penyatuan dan perpaduan kaum berbilang bangsa, agama, keturunan dan hak sama rata dijaga Perlembagaan dan Perundangan Negara, tanpa mengganggu hak-hak kaum bumiputera. Ia telah dipersetujui dalam kontrak sosial oleh kaum Melayu, Cina dan India semasa pembentukan Perlembagaan Malaysia (1957). Aspek kesepaduan etnik adalah idea kreatif dan inovatif penyatuan etnik dan kehidupan yang baik lagi makmur. Perbincangan isu ini menjadi kontemporari khususnya di era Pasca Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan budaya. Komuniti Malaysia daripada golongan profesional, sokongan, bumiputera dan bukan bumiputera, bersedia menerima agenda penyatuan ini sebagai formula yang menyamaratakan semua etnik tanpa menggadaikan kontrak sosial seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kemasukan pelajar bumiputera ke IPT, hak kerakyatan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama persekutuan. Piagam Madinah pula adalah perlembagaan bertulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan komuniti Islam Madinah dan komuniti Yahudi yang menjadi warganegara Madinah yang ditadbir urus oleh Rasulullah SAW. Disebut 'Sahifah al Madinah' kerana ia merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia serta menjadi asas pembentukan negara Islam. Terdapat 10 Bahagian dan 47 Fasal. 23 Fasal berkaitan peraturan antara komuniti Islam dan 24 Fasal lagi berkaitan komuniti Yahudi. Menurut kajian sejarawan, terbentuknya Piagam Madinah melalui perjanjian Aqabah pertama yang dihadiri 12 penduduk Madinah. Antara intipati perjanjian seperti menjauhi syirik, membunuh anak, tidak menipu dan mentaati perintah Rasulullah SAW. Mus'ab ibn Umar diutus ke Madinah mengajar al Quran oleh Rasulullah SAW dan sambutan yang diterima amat menggalakkan oleh etnik Aus dan Khazraj. Ikatan perjanjian Aqabah Kedua juga diadakan, melibatkan 73 lelaki dan 2 wanita Madinah, dibawa oleh Mus'ab bertemu Rasulullah SAW dan berbai'ah menjaga dan mempertahankan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Mereka berikrar untuk tidak berpecah belah, bercakap sombong dan taat setia ketika senang atau susah. Penulisan ini melihat peranan Piagam Madinah dalam melestarikan kehidupan, peradaban dan kesepaduan rakyat Malaysia sesuai dengan agenda pentadbiran PascaMalaysia
    corecore