4 research outputs found

    Animasi interaktif sebagai medium pembelajaran kanak-kanak homeschooling: Pendekatan Fuzzy Delphi

    Get PDF
    Ledakan teknologi maklumat telah mencetuskan fenomena baru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya kepada pendidikan alternatif homeschooling. Animasi Interaktif merupakan pendekatan baharu yang boleh dijadikan medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling. Animasi interaktif merupakan media pendidikan yang mengintegrasikan lima elemen utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri animasi interaktif yang bersesuaian untuk dibangunkan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschoolingmenggunakan pendekatan Fuzzy Delphi. Pendekatan pembelajaran kanak-kanak Homeschooling dengan berbantukan animasi interaktif bukan sahaja dapat memudahkan proses pembelajaran tetapi juga meningkatkan motivasi kanak-kanak homeschooling. Seramai 15 orang pakar bidang pendidikan kanak-kanak homeschoolingdan teknologi pendidikan telah dipilih untuk menganalisis fuzziness konsensus pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa animasi interaktif sesuai diaplikasikan sebagai medium pembelajaran bagi kanak-kanak homeschooling

    Interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan

    Get PDF
    Penerapan elemen penceritaan dan pendigitalan merupakan elemen yang menarik minat kanak-kanak terutamanya dalam aspek perkembangan interaksi sosial dan komunikasi. Hal ini juga bersesuaian dengan kehidupan berteknologi kini yang mengaplikasikan penggunaan teknologi dan digital dalam hampir kesemua pendekatan yang digunakan. Objektif kajian ini ialah untuk membincangkan interaksi ujaran kanak-kanak sekolah rendah menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan serta menganalisis interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan menggunakan Teori Analisis Wacana (Brown & Yule, 1983). Kajian ini dijalankan dengan melihat kepada interaksi ujaran yang dihasilkan oleh kanak-kanak tersebut menerusi elemen pendigitalan dalam penceritaan dengan mengaitkannya dengan teori yang berkaitan. Tiga orang kanak-kanak sekolah rendah berumur tujuh tahun yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Serdang telah dipilih sebagai responden kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temu bual dan senarai soalan. Manakala instrumen kajian ialah cerita binatang berbentuk digital. Interaksi ujaran yang dihasilkan oleh responden dirakam dan didokumenkan dalam bentuk transkripsi bertulis. Hasil kajian ini memperlihatkan bahawa terdapat elemen yang merangsang interaksi ujaran kanak-kanak tersebut berdasarkan penerapan elemen pendigitalan dalam penceritaan yang digunakan. Kanak-kanak dilihat lebih fokus terhadap kaedah pembelajaran berbantukan komputer, mempamerkan kelakuan yang lebih aktif dan ceria, serta menghasilkan ujaran yang bersesuaian dengan konteks dan kehendak kajian. Kajian ini diharapkan dapat membantu dalam merangsang interaksi ujaran kanak-kanak yang bersesuaian dengan konteks mesej dan perbualan yang dijalankan. Selain itu, kajian ini juga diharap dapat membantu dalam perkembangan interaksi sosial kanak-kanak, bukan sahaja di sekolah malah dalam kehidupan seharian
    corecore