2 research outputs found

    Tret personaliti dan faktor pemilihan kategori pekerjaan dalam kalangan pelajar kolej vokasional

    Get PDF
    Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kategori pekerjaan dalam kalangan pelajar tahun dua Diploma Vokasional Malaysia di Kolej Vokasional dari negeri Johor. Kajian ini menggunakan Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) bagi mengenalpasti tret personaliti dan faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya para pelajar di kolej vokasional. Seramai 104 orang telah menurut serta di dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar tahun 2 Diploma Vokasional Malaysia yang menggunakan persampelan secara rawak. Alat kajian Self�Directed Search (SDS)-Form Eassy digunakan bagi meninjau tret personaliti responden, manakala item bagi faktor yang mendorong pemilihan kategori pekerjaan pelajar dibangunkan sendiri orang pengkaji. Analisis data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kerjaya responden adalah faktor minat. Dapatan kajian juga menunjukkan profil personaliti keseluruhan responden adalah S(sosial), I(investigatif) dan R(realistik). Ciri-ciri bagi kategori kerjaya ini adalah minat terhadap aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti memberitahu, melatih, mendidik, menghindari aktiviti yang eksplisit, berstruktur serta aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin. Analisis Independent Sample T-test digunakan bagi melihat perbezaan yang signifikan di antara faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara faktor minat yang mempengaruhi pemilihan kerjaya responden. Kesimpulan dari kajian ini adalah pemilihan kategori pekerjaan pelajar-pelajar di kolej vokasional adalah SIR iaitu berupaya bekerja dengan orang lain dengan keupayaan kemahiran berfikir yang boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja kemahiran bersesuaian bidang pengajian teknologi yang dipilih. Selain daripada itu minat merupakan faktor utama dalam pemilihan bidang dan pelajar-pelajar ini telah bersedia untuk menceburi bidang kerjaya yang selari dengan bidang pengajian. Kepentingan kajian ini boleh menjadi sebahagian dari rujukan bagi pemilihan bidang pengajian kepada pelajar-pelajar yang memilih TVET sebagai laluan kerjaya

    Performance evaluation of VoIP broadcasting over LTE for varying speeds and distances of mobile nodes

    No full text
    corecore