95,042 research outputs found

    Editor’s Note

    Get PDF
    Syftet med detta konsumtionsarbete är att genom granskning av litteratur undersöka den formativa bedömningens effekter för elevers lärande i matematik. För att ta reda på effekterna har förklaringar på hur elevers prestationer påverkas, vilka kunskaper i matematik eleven utvecklar och hur självbedömning kan utveckla elevers lärande i matematik genom bedömning i formativt syfte undersökts. Undersökningen har genomförts genom att samla in, granska och bearbeta litteratur för att besvara arbetets syfte. Det som undersökningen visar är att bedömning i formativt syfte har en positiv effekt för elevers lärande i matematik. I de studier som funnit en positiv effekt av formativ bedömning har interventionen haft måttlig till mycket hög effekt för elevers prestationer i matematik. Resultatet stämmer alltså överens med den mer generella forskningen som visar att bedömning i formativt syfte har goda effekter för elevers prestationer. Det finns alltså skäl att tro att formativ bedömning har en positiv inverkan för elevers lärande i matematik och är därmed är ett viktigt redskap i undervisningen

    Meningkatkan kemahiran penaakulan matematik berfokuskan metakognitif dalam kalangan pelajar

    Get PDF
    Kemahiran penaakulan matematik adalah Merupakan salah satu elernen utama dalam kemahiran berfikir aras tinggi yang diberi penekanan utama dalam pembelajaran matematik di Malaysia. Terdapat banyak bukti berasaskan kajian yang rnendapati bahawa pelajar Malaysia cekap dalam mengaplikasi prosedur matematik standard (misalnya aritmetik) tetapi lemah dalam membuat penaakulan matematik. Beberapa kajian lain pula mendapati kelemahan penaakulan matematik adalah salah satu punca utama yang menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam mempelajari matematik bersifat analitik (misalnya Matematik Tambahan). Beberapa teori kognitifpembelajaran matematik mencadangkan bahawa terdapat perkaitan tertentu antara kemahiran penaakulan matematik ini berbanding kemahiran metakognitif individu semasa mempelajari atau membina sesesuatu konsep matematik. Artikel ini membincangkan kepentingan penguasaan kemahiran penaakulan matematik di kalangan pelajar dalam pernbelajaran matematik bersifat analitik pelajar serta kon sep strategi pembelajaran berfokuskan kemahiran metakognitif dalam membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran penaakulan

    Hubungan Sikap, Kebimbangan Dan Tabiat Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Tambahan (The Relationship Between Attitude, Anxiety And Habit Of Learning With Additional Mathematics Achievement)

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan. Responden kajian terdiri daripada 251 pelajar tingkatan empat aliran teknikal yang dipilih secara persampelan rawak berperingkat di Sekolah Menengah Teknik di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasikan daripada Orientasi pembelajaran matematik (OPM) yang terdiri daripada sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik yang mengandungi 51 item. Bagi ujian kesignifkan, penyelidik menggunakan ujian korelasi Pearson dan regresi dengan bantuan perisian SPSS versi 16. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan positif yang signifkan manakala kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan negatif yang signifkan terhadap pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang sederhana manakala sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian matematik tambahan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan hubungan kebimbangan pembelajaran matematik merupakan peramal utama dengan pencapaian matematik tambahan berbanding dengan sikap dan tabiat pembelajaran matematik. Namun, sikap dan tabiat pembelajaran matematik masih merupakan peramal kepada pencapaian matematik tambahan walaupun dalam peratusan yang kecil. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik tambahan. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

    How to teach the Pythagorean theorem: An analysis of lesson plans

    Get PDF
    This research was conducted among mathematics graduates who participated in a pedagogical formation certificate program. Participants were asked to prepare a lesson plan intended for use in teaching the Pythagorean theorem as part of a ninth grade mathematics course. Eighteen out of 43 participants included a proof of the Pythagorean theorem as a component of their lesson plan. These proofs were classified in three categories: visual proofs (two participants), algebraic proofs (nine participants), and proofs by using triangular similarities (seven participants). In addition, the solved examples, homework, and evaluation questions included in the lesson plans were classified according to TIMSS cognitive levels. Of the 233 questions prepared by 43 participants, 37% of the questions were at the knowledge level, 60% were at the application level, and the remaining 3% were at the reasoning level

    Keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik menerusi pendekatan ‘Q-methodology’

    Get PDF
    Keterlibatan dilihat sebagai konstruk penting yang berkait rapat dengan pencapaian murid. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keterlibatan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik sama ada keterlibatan tingkah laku, keterlibatan kognitif atau keterlibatan afektif serta mengenalpasti jenis keterlibatan yang mempengaruhi individu terbabit dalam mempelajari Matematik. Kajian ini menggunakan pendekatan ‘Q-methodology’ yang diperkenalkan oleh William Stephenson (1902-1989) pada tahun 1935. ‘Q-methodology’ merupakan satu teknik penyelidikan yang membolehkan penyelidik mengenalpasti, memahami dan mengkategorikan persepsi individu serta mengumpulkan individu yang mempunyai persamaan persepsi terhadap sesuatu perkara. Dalam kajian ini, persepsi pelajar berkaitan keterlibatan Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dapat dikelompokkan. Seterusnya, kelompok pendapat yang subjektif ini digunakan untuk mengenalpasti faktor berkaitan keterlibatan yang mempengaruhi pencapaian murid dalam Matematik. Seramai 29 orang murid Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau berpencapaian rendah dalam Matematik terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat kumpulan murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik berdasarkan keterlibatan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Empat kumpulan ini juga dikenali sebagai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid Kolej Vokasional berpencapaian rendah dalam Matematik iaitu kebimbangan terhadap Matematik, pembelajaran Matematik perlu fokus yang tinggi, pembelajaran Matematik perlu bermakna dan Matematik sukar untuk dipelajari

    Improving The Quality Of The Mathematics Education: The Malaysian Experience

    Get PDF
    Improving the quality of teaching and learning of mathematics has always been a major concern of mathematics educators. The four recurring and inter-related issues often raised in the development of a mathematics curriculum are: “What type of mathematics ought to be taught?”, “Why do we need to teach mathematics?”, “How should mathematics curriculum be planned and arranged?” and “ How can teacher ensure that what is transmitted to the pupils is as planned in the curriculum?”.The relatively brief history of mathematics education in Malaysia can be said to have developed in three distinct phases. In the first phase, the traditional approach, which emphasized mainly on basic skills (predominantly computational), was the focus of the national syllabus. In the late 70’s, in consonance with the world-wide educational reform, the modern mathematics program (MMP) was introduced in schools. Understanding of basic concepts rather than attaining computational efficiency was the underlying theme of the syllabus. Finally, in the late 80’s the mathematics curriculum was further revised. It is part of the national educational reform that saw the introduction of the national integrated curriculum (KBSM) both at the primary and secondary levels. This mathematics curriculum, which has undergone several minor changes periodically, is presently implemented in schools. The curriculum also emphasizes on the importance of context in problem solving. These three syllabi, as in any other curricular development, can be seen to have evolved from changing perspectives on the content, psychological and pedagogical considerations in teaching and learning of mathematics. In this paper, I will trace the development of the Malaysian mathematics curriculum from the psychological, content and pedagogical perspectives in relation to the recurring issues. I will argue that the development has in many ways attempted to make mathematics more meaningful and thus friendlier for students both at the primary and secondary levels. There has been also a marked improvement on the quality of mathematics education in Malaysi

    Kecerdasan matematik-logik dalam kalangan pelajar sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional UTHM

    Get PDF
    Kecerdasan matematik-logik sering dikaitkan dengan penguasaan pelajar dalam subjek matematik. Pencapaian pelajar, khususnya pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh kecerdasan matematik-logik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan. Kajian berbentuk tinjauan secara kuantitatif untuk melihat hubungan diantara dua pembolehubah iaitu pembolehubah tidak bersandar (kecerdasan matematik-logik) dan pembolehubah bersandar (penguasaan pelajar dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan). Persampelan rawak mudah digunakan dalam kajian ini dengan mengambil sampel seramai 108 orang pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional sebagai responden kajian. Data diperoleh daripada sampel dengan menggunakan borang soal selidik yang diolah berdasarkan alat pengukuran kecerdasan MIDAS (Multiple Intelligence Development Assessment Scales). Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 16.0 yang melibatkan ujian statistik skor min dan kolerasi pangkat Spearman. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan kecerdasan matematik-logik pelajar berada pada tahap yang tinggi dan mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar dalam kursus Statistik dalam Penyelidikan. Berdasarkan dapatan kajian boleh disimpulkan bahawa kecerdasan matematik-logik dapat dijadikan kayu ukur dalam memastikan kejayaan pelajar

    Pembangunan Ruangan Statistik Dan Sejarah Dalam Majalah Web Dinamik ’Dunia Matematik’

    Get PDF
    ’Dunia Matematik’ merupakan sistem e-pembelajaran yang dilihat berpotensi sebagai alternatif yang berkesan dalam pembelajaran. Projek ini menekankan pembelajaran secara terbuka yang menjangkaui batasan silibus matapelajaran matematik di sekolah. Dalam menghasilkan majalah web yang dinamik, perisian sistem kandungan dipilih sebagai medium penyampaian kerana perisian ini mudah digunakan dan percuma. Seterusnya, model ADDIE dipilih sebagai model rekabentuk kerana ia bertepatan dengan ciri-ciri majalah web yang menekankan proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk ’Dunia Matematik’ menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pengetahuan terbina semasa aktiviti sosial seperti perbincangan dan pertukaran pendapat antara ahli kumpulan serta interaksi antara rakan. Sehingga kini, sebanyak tujuh keluaran ‘Dunia Matematik’ telah dihasilkan. ‘Dunia Matematik’ dikeluarkan setiap bulan dan ia memuatkan beberapa ruangan yang memberikan pendedahan tentang kepelbagaian cabang matematik termasuklah Fokus, Isu Semasa, Kesenian, Sejarah, Statistik Kerjaya, Tokoh, Aplikasi, Tahukah Anda manakala aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan ialah seperti Pelajari Matematik, Perisian Matematik, Uji kefahaman, Permainan, Uji Minda dan Kuiz. Namun penulisan ini hanya tertumpu kepada dua ruangan Dunia Matematik iaitu “Sejarah” dan “Statistik”. Sejarah matematik adalah merupakan bidang yang patut diambil perhatian oleh pelajar kerana pembangun cuba membawa pelajar meneroka sendiri tentang sejarah perkembangan matematik dunia. Manakala bagi ruangan statistik pula akan membawa pembaca mengenali rahsia aplikasi statistik dalam kehidupan. Selain kepelbagaian artikel, “Dunia Matematik” turut menyediakan ruang komen dan chat sebagai ruang interaksi sesama pembaca. Diharapkan “Dunia Matematik” dapat dijadikan bahan pembacaan untuk meningkatkan kefahaman serta sikap positif dalam kalangan pembaca

    Work design improvement at Miroad Rubber Industries Sdn. Bhd.

    Get PDF
    Erul Food Industries known as Salaiport Industry is a family-owned company and was established on July 2017. Salaiport Industry apparently moved to a new place at Pedas, Negeri Sembilan. Previously, Salaiport Industry operated in-house located at Pagoh, Johor. This small company major business is producing frozen smoked beef, smoked quail, smoke catfish and smoked duck. The main frozen product is smoked beef. The frozen smoked meat produced by Salaiport Industry is depending on customer demands. Usually the company produce 40 kg to 60 kg a day and operated between for four days until five days. Therefore, the company produce approximately around 80 kg to 120 kg per week. The company usually take 2 days for 1 complete cycle for the production as the first day the company will only receive the meat from the supplier and freeze the meat for use of tomorrow

    Keberkesanan modul infusi kemahiran berfikir aras tinggi pembelajaran luar bilik darjah (iKBAT-PLBD) bagi bidang pembelajaran sukatan dan geometri

    Get PDF
    Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan satu kemahiran berfikir yang sangat diperlukan dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini terutama dalam bidang matematik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sama ada KBAT matematik pelajar dapat ditingkatkan dengan menggunakan modul infusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi - Pembelajaran Luar Bilik Darjah (iKBAT–PLBD) atau tidak? Justeru itu, satu kerangka perancangan telah dibuat terhadap empat kemahiran tertinggi dalam Taksonomi Bloom semakan semula yang juga merupakan konstruk utama dalam KBAT. Konstruk KBAT tersebut ialah konstruk menganlisis, mengaplikasi menilai dan mencipta. Sampel kajian ini melibatkan 120 pelajar tingkatan 1 di empat buah sekolah yang berbeza di negeri Johor. Dalam menjalankan kajian kuasi eksperimental ini, data dikumpul melalui kajian keputusan ujian pra dan ujian pos sebelum dan selepas menggunakan modul bagi kumpulan rawatan. Manakala pendekatan PdP tradisional pula digunakan bagi kumpulan kawalan. Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang bertunjangkan modul iKBAT–PLBD telah dapat meningkatkan penguasaan matematik pelajar dalam kempat-empat tahap KBAT serta bagi keseluruhan tahap. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikasi antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan terhadap peningkatan KBAT pelajar dalam matematik dengan menggunakan pendekatan iKBAT–PLBD bagi tahap mengaplikasi, menganalisis, menilai, mencipta juga secara keseluruhan. Kesimpulannya, kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak pentadbiran sekolah, ibubapa, guru matematik malah bagi pelajar itu dari segi pengubalan dasar yang berkaitan, pengaplikasian dan sebagai satu bukti keberkesanan dalam proses pemerkasaan KBAT matematik di Malaysia
    corecore