2 research outputs found

    Faktor Pengaruh Bahasa Inggeris dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing

    Get PDF
    Salah satu nilai tambah yang amat diperlukan pada masa kini ialah penguasaan bahasa asing. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 telah mengetengahkan pembelajaran bahasa ketiga. Menurut Teori Bahasa Halliday, kanak-kanak menjadi mahir dalam bahasa kerana mereka perlu berinteraksi dengan orang di persekitaran mereka. Ini bermakna untuk memenuhi keperluan asas mereka, kanak-kanak itu perlu berinteraksi dengan orang ramai pada peringkat awal. Fenomena ini tidak berlaku dalam sampel. Oleh itu, pelajar Melayu yang hanya berbahasa Melayu dan Inggeris tidak akan mempelajari bahasa Mandarin dengan baik. Kajian awal ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada pengaruh bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Melayu semasa mempelajari bahasa Mandarin. Sampel kajian melibatkan 10 orang pelajar Melayu di sebuah universiti awam. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu ahli akademik dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi dengan kebolehan bertutur dalam bahasa ketiga dengan fasih. Selain itu, ia juga akan meningkatkan reputasi universiti dengan pencapaian pelajar yang cemerlang, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan negara khususnya dalam hubungan antarabangsa

    Faktor Pengaruh Bahasa Inggeris dalam Pembelajaran Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing Nur Farrah Atiqah Amran & Muhammad Nazirul Mohd Noor

    corecore