PEKAN, 13 Mei 2026 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias hadir bertemu warga kerja Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) dalam Sesi Townhall Naib Canselor yang berlangsung di Dewan Kuliah 1, FTKEE UMPSA Pekan baru-baru ini.
Hadir sama Penolong Naib Canselor (Strategik dan Korporat), Profesor Ts. Dr. Kamal Yusoh, Penolong Naib Canselor (Pembangunan), Profesor Dr. Mahadzir Ishak@Muhammad, Ketua Pegawai Digital, Pusat Pembangunan dan Teknologi Maklumat, Profesor Ts. Dr. Hamdan Daniyal dan Dekan FTKEE, Profesor Ts. Dr. Hamzah Ahmad.
Tonwhall ini merupakan satu usaha UMPSA untuk berkongsi pencapaian dan strategi universiti bagi memperkukuh hala tuju bersama warganya untuk memperkasa pendidikan TVET termaju serta meningkatkan keterlibatan UMPSA bersama industri dan rakan antarabangsa
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.