Fiqh Al-Watan sebagai satu kerangka konseptual

Abstract

DAKWAAN bahawa Fiqh al-Watan sebagaimana yang dikonseptualkan melalui Jurisprudens Watan bukanlah suatu sumbangan intelektual yang baharu; sebaliknya, telah lama wujud dalam penulisan dan amalan Islam terdahulu, perlu dinilai secara lebih adil dan berdisiplin. Dakwaan ini kelihatan meyakinkan pada pandangan pertama, namun sebenarnya berpunca daripada kekeliruan. Kekeliruan ini berpunca daripada kecenderungan untuk menyamakan kehadiran unsur-unsur ijtihad kontekstual dengan pembentukan satu kerangka jurisprudens yang tersusun dan reflektif. Hakikat bahawa para fuqaha klasik telah lama menggunakan kaedah seperti taḥqīq al-manāṭ, maṣlaḥah mursalah dan ʿurf ṣaḥīḥ tidak boleh dijadikan asas untuk menafikan keaslian Fiqh al-Watan yang lahir daripada Jurisprudens Watan, kerana kaedah-kaedah tersebut berfungsi sebagai instrumen teknikal dalam usul al-fiqh, bukannya sebagai asas kepada satu kerangka teori atau konsep yang menjadikan watan sebagai subjek analisis utama

Similar works

Full text

Last time updated on 16/04/2026

This paper was published in UMP Institutional Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.