Setiap tahun, ribuan pelajar melangkah masuk ke pintu gerbang universiti dengan segulung kejayaan cemerlang. Di kampung halaman, kenduri kesyukuran diadakan; di media sosial, ucapan tahniah melimpah-ruah. Mereka datang sebagai bekas pelajar terbaik, terbiasa dengan pujian, dan memikul harapan tinggi bahawa kecemerlangan itu akan berterusan secara automatik.
Namun, bagi ramai pelajar tahun pertama terutamanya dalam bidang mencabar seperti perubatan, kejuruteraan, dan sains, realiti di kampus bukan sekadar sukar. Ia adalah satu kejutan budaya akademik yang mampu menggoncang keyakinan diri.
Perubahan ini jarang dibincangkan secara terbuka. Di mata masyarakat, pelajar universiti dianggap sudah besar, bijak, dan sepatutnya mampu mengurus diri sendiri sepenuhnya.
Namun, hakikat yang perlu kita fahami ialah fasa peralihan daripada sekolah ke universiti adalah antara tempoh yang paling rentan dalam kehidupan seorang remaja. Ia bukan sekadar perpindahan tempat tinggal, tetapi anjakan besar dalam cara mereka berfikir dan memproses ilmu baharu
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.