Makna simbolik pondok masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga, Johor

Abstract

Binaan pondok masyarakat Orang Aslisuku kaum Jakundibina sepenuhnya menggunakan sumber alamdan mampu mencerminkan jati diri bagikaum Orang Asli.Sekiranya kajian dan pendedahanmengenai pembinaan pondok Orang Aslitidak diketengahkan, makna simbolik pembinaan tersebutakan dilupakan oleh generasi akan datang. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bahan binaan pondok masyarakat Orang Asli suku kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga, Johor. Selain itu,analisis terhadap makna simbolik turut dijalankan bagi setiap bahan binaan pondok tersebut. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dengan menjalankan temu bual dan pemerhatian di kawasan lapangan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa bahan binaan yang digunakan untuk membina pondok terdiri daripada Bengkawan, Buluh Tilan, Gantung Atap, Rotan Jawa dan Tiang Kayu. Setiap bahan binaan juga dianalisis untuk menemukan makna simbolik seperti Bengkawan dengan simbolik setia kawan, bentuk ikan Tilan yang membawa simbolik kepada Buluh Tilan, Rotan Jawa dari kepulauan Jawa, dan Tiang Kayusebagai simbolik kekuatan dan ketuanan individu dalam membina sesebuah pondok

Similar works

Full text

thumbnail-image

The International Islamic University Malaysia Repository

redirect
Last time updated on 18/06/2025

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.