Artikel ini membincangkan peranan pendidikan kokurikulum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam membentuk kepimpinan dan jati diri pelajar berlandaskan nilai-nilai Islam. Melalui lebih 100 program di bawah Pusat Kokurikulum Berkredit (CCC), mahasiswa dibimbing untuk menguasai kemahiran insaniah, kepimpinan, komunikasi, dan pemikiran kritis selaras dengan tujuh teras Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Diterapkan dengan pendekatan Epistemologi Tauhidik dan konsep Madani, kokurikulum UIAM bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran graduan, tetapi juga melahirkan individu berintegriti yang bersedia menyumbang kepada masyarakat dan negara sebagai pemimpin berakhlak. Artikel ini turut menekankan usaha UIAM menyepadukan aspek akademik dan bukan akademik demi melahirkan graduan holistik yang membawa rahmat kepada seluruh alam
Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.