Kejelekitan Sosial Komuniti Maya dan Hubungan Interpersoanal Melalui Komunikasi Berperantara Komputer

Abstract

Internet yang terdapat dalam komputer digunakan oleh ahli komuniti maya untuk berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Perisian berasaskan internet seperti Saling Bual Internet (Internet Relay Chat – IRC) merupakan satu contoh saluran bersifat interaktif yang dapat memenuhi matlamat hubungan interpersonal dan seterusnya mewujudkan kejelekitan sosial dalam komuniti maya. Kajian ini bertujuan meneroka taktik membina hubungan interpersonal melalui IRC dan mengkaji tahap hubungan interpersonal dan tahap kejelekitan sosial komuniti maya. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Pendekatan kualitatif digunakan untuk mendapatkan taktik membina hubungan interpersonal melalui komunikasi berperantara komputer (KpK) oleh pengguna IRC melalui temubual dengan 4 orang informan. Sejumlah 42 taktik telah disenarai pendekkan dan diubahsuai bagi membentuk instrumen kajian yang digunakan dalam kajian kuantitatif. Kaedah tinjauan berbantukan borang soal selidik juga digunakan. Kafe Siber pelbagai lokasi yang mudah dicapai oleh enumerator merupakan lokasi utama kajian ini. Sejumlah 1025 pengguna IRC telah dipilih sebagai responden kajian ini. Pemilihan responden ini menggunakan teknik persampelan penglibatan sukarela berdasarkan ciri-ciri yang ditetapkan oleh penyelidik mengikut kesesuaian objektif kajian. Dalam kajian ini, tiga pemboleh ubah utama yang diukur iaitu taktik membina hubungan interpersonal melalui KpK, tahap hubungan interpersonal dan tahap kejelekitan sosial. Dapatan menunjukkan 4 taktik utama digunakan oleh pengguna IRC untuk membina hubungan interpersonal melalui IRC. Dari aspek tahap hubungan interpersonal dan tahap kejelekitan sosial, majoriti daripadanya mempunyai tahap hubungan interpersonal yang sederhana. Ujian korelasi Pearson menunjukkan perkaitan positif yang sederhana dan signifikan di antara tahap kejelekitan sosial dan tahap hubungan interpersonal dengan penggunaan taktik membina hubungan interpersonal melalui komunikasi berperantara komputer. Ujian MultiRegrasi menunjukkan penggunaan 6 taktik membina hubungan interpersonal menyumbang 40 peratus varians kepada perubahan tahap hubungan interpersonal dan 7 taktik membina hubungan interpersonal menyumbang 26 peratus varians kepada perubahan kejelekitan sosial. Dapatan ini mencadangkan beberapa taktik yang bersifat praktikal untuk diaplikasikan oleh pengguna Internet bagi tujuan membina hubungan interpersonal dan seterusnya meningkatkan kejelekitan sosial. Penggunaan taktik-taktik hasil kajian ini boleh mengurangkan impak negatif penggunaan IRC di kalangan masyarakat dan memberi implikasi kepada proses persefahaman budaya dan perpaduan negara

Similar works

Full text

thumbnail-image

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

redirect
Last time updated on 03/08/2016

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.