Location of Repository

Pengukuran prestasi pemaju perumahan berdasarkan sistem star rating

By Nurbaity Aqmar Mahamud

Abstract

Pengukuran prestasi pemaju perumahan adalah sangat penting baik kepada pemaju perumahan mahupun kepada pembeli rumah. Selain daripada dapat menjana keuntungan kepada pemaju perumahan, maklumat pengukuran prestasi pemaju perumahan juga boleh dijadikan sebagai asas untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pembeli rumah. Di Malaysia, terdapat banyak aduan yang diterima daripada pembeli rumah berhubung kualiti produk perumahan dan perkhidmatan yang disampaikan oleh pemaju perumahan. Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenai pengukuran prestasi pemaju perumahan dalam konteks kepuasan pembeli rumah belum pernah dilaksanakan. Oleh itu, penyelidikan untuk membangunkan Model Pengukuran Prestasi Pemaju Perumahan berdasarkan kepuasan pembeli rumah adalah amat penting untuk dilaksanakan. Dalam penyelidikan ini, Sistem Star Rating telah digunakan untuk membangunkan Model Pengukuran Prestasi Pemaju Perumahan berdasarkan kepuasan pembeli rumah daripada aspek rekabentuk rumah, pelengkapan rumah dan perkhidmatan. Borang kaji selidik telah diedarkan kepada 400 pembeli rumah di Johor Bahru bagi tujuan mengenal pasti tahap kepuasan mereka terhadap pemaju perumahan. Kajian ini mendedahkan bahawa tahap kepuasan pembeli rumah terhadap pemaju perumahan di Johor Bahru adalah pada tahap sederhana. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa pemaju perumahan dapat menggunakan model ini sebagai panduan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan mereka. Sebagai kesimpulan, Model Pengukuran Prestasi Pemaju Perumahan berdasarkan Sistem Star Rating adalah amat signifikan kerana ia berupaya memberi panduan kepada pihak-pihak yang tertentu. Pertama, pembeli rumah dapat menggunakannya untuk memilih pemaju yang tepat. Kedua, pemaju perumahan dapat menggunakannya sebagai panduan untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan. Manakala, yang terakhir, pemegang kepentingan seperti institusi kewangan dapat menggunakannya sebagai panduan dalam membuat keputusan penyediaan dana bagi menyokong projek perumahan

Topics: HD9715-9717.5 Construction industry
Year: 2011
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:2658

Suggested articles

Preview


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.