Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matematik di FPTV UTHM

Abstract

Kajian dalam pendidikan Matematik di Malaysia boleh dikatakan semakin berkembang seiring dengan kemajuan dan perubahan zaman. Pelbagai pihak telah mula sedar tentang peranan dan kepentingan Matematik dalam merealisasikan impian negara untuk menjadi sebuah negara perindustrian yang maju pada masa akan datang. Matematik sememangnya menjadi penggerak kepada pembangunan dan perkembangan bidang sains dan teknologi. Oleh itu, penguasaan ilmu Matematik perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa bagi melahirkan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Namun, kebanyakkan daripada para pelajar, sama ada pelajar sekolah rendah, menengah ataupun peringkat universiti tidak meminati mata pelajaran Matematik. Matematik seringkali di anggap sebagai suatu mata pelajaran yang tidak menarik, susah dan berasa takut semasa mempelajari Matematik serta persepsi negatif yang lain (Azizi, 2005)

Similar works

This paper was published in UTHM Institutional Repository.

Having an issue?

Is data on this page outdated, violates copyrights or anything else? Report the problem now and we will take corresponding actions after reviewing your request.