Location of Repository

Peramalan kadaralir sungai bermusim dan tidak bermusim dengan kaedah pelicinan eksponen

By Sabariah Musa and Wan Afnizan Wan Mohamed

Abstract

Data kadaralir sungai adalah penting dan diperlukan oleh jurutera dalam merekabentuk, membina dan menjalankan projek pembangunan sumber air. Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan model-model yang sesuai untuk peramalan jangka pendek bagi aliran sungai bulanan. Fokus utama ramalan ini dibuat terhadap dua jenis sungai yang mengalami keadaan bermusin dan tidak bermusim. Dua sungai yang dipilih ialah Sungai Muar di Kuala Pilah dan Sungai Triang di Kampung Chenor, Negeri Sembilan. Pengujian dan penilaian model-model tentatif dilakukan terhadap kedua-dua sungai bagi menentukan keupayaan model. Model yang mempunyai nilai Jumlah Variasi (Sum of Squared Errors ,SSE), Purata Peratusan Ralat Mutlak(Mean Absolute Percentage Errors ,MAPE) dan Ralat Purata Kolerasi (Root Mean Squared Errors,RMSE) terendah dipilih sebagai model terbaik untuk peramalan. Bagi data bermusim, Model Berhaluan Linear Bermusim (Linear Trend and An Additive Seasonal, LA) berkeupayaan meramal dengan baik manakala Model Berhaluan Lembab Tidak Bermusim( Damped Trend and No Seasonality, DN) adalah model terbaik bagi data tidak bermusim. Dengan hasil ramalan ini,mendapati model pelicinan eksponen menunjukkan satu pelaksanaan yang baik dalam ramalan aliran bulanan sungai. Kata Kunci: Peramalan jangka pendek, kadaralir sungai, mode

Topics: GB Physical geography
Year: 2007
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:1873

Suggested articles

Preview


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.