Skip to main content
Article thumbnail
Location of Repository

Penghasilan modul pengajaran kendiri matapelajaran kartografi bagi kursus ukur tanah di Politeknik Ungku Omar

By Nafisah Harun

Abstract

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menghasilkan Modul Pengajaran Kendiri bagi Topik Simbol matapelajaran Kartografi dan mengenalpasti maklumbalas pelajar tehadap Modul Pengajaran Kendiri yang dihasilkan. Ia meliputi empat bahagian utama iaitu Objektif Pembelajaran, Mesra Pengguna, Motivasi dan Aktiviti-Aktiviti. Responden yang dipilih terdiri daripada pelajar semester 3 Diploma Ukur Tanah di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak. Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan dan menjadikan soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 40 sampel pelajar diambil untuk mewakili pelajar semester 3 Diploma Ukur Tanah Politeknik Ungku Omar. Data-data kajian diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Science versi 11.0. Kaedah anahsis yang digunakan adalah kaedah analisis statistik deskriptif. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan penghasilan Modul Pengajaran Kendiri matapelajaran Kartografi bagi Topik Simbol menarik minat pelajar-pelajar dan mendapat maklumbalas yang positif dari pelajar-pelajar Diploma Ukur Tanah semester 3 di Politeknik Ungku Omar. Ia ditunjukkan dari hasil analisis terhadap skor min dan sisihan piawai setiap bahagian. Modul Pengajaran Kendiri ini diharap dapat dimurnikan dengan lebih baik untuk kegunaan pelajar khususnya pelajar Diploma Ukur Tanah pada masa akan datang

Topics: GA Mathematical geography. Cartography
Year: 2003
OAI identifier: oai:eprints.uthm.edu.my:1538

Suggested articles


To submit an update or takedown request for this paper, please submit an Update/Correction/Removal Request.