FAKTOR PEMILIHAN KURSUS BAHASA CINA DAN BAHASA JEPUN: SATU KAJIAN PERBANDINGAN = Factors on Choosing Chinese and Japanese: A Comparative Study

Abstract

Walaupun bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa, tetapi bahasa-bahasa lain turut memainkan peranan dalam bidang dan hal tertentu. Senario global ini menjelaskan sebab perlunya bahasa asing dipelajari. Kajian ini membandingkan faktor-faktor dan trend pemilihan bahasa Cina dan bahasa Jepun sebagai kursus pelengkap oleh pelajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 100 orang responden mengambil bahagian dalam kajian yang menggabungkan kaedah kualitatif (temu bual) dan kuantitatif (soal selidik) ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor intrinsik lebih berpengaruh untuk pelajar bahasa Jepun, sementara faktor ekstrinsik lebih menyerlah untuk pelajar bahasa Cina. Hasil kajian ini boleh menjadi rujukan para pengajar untuk tujuan penambahbaikan kursus dari segi kandungan dan penyampaian supaya seiring dengan kehendak terkini pelajar universiti

    Similar works