Konsep kecekapan komunikasi antara budaya dari perspektif pelajar

Abstract

Banyak kajian telah dijalankan dalam bidang kecekapan komunikasi antara budaya namun kebanyakannya berasaskan pengalaman di negara barat.Bagaimanapun, perspektif kecekapan komunikasi antara budaya dari barat dikatakan kurang relevan untuk menggambarkan persekitaran di tempat lain. Justeru, perlu ada kajian yang meneliti konsep kecekapan komunikasi antara budaya dalam konteks Malaysia. Data kajian diperoleh menggunakan kaedah kumpulan fokus dengan pelajar sarjana muda yang terpilih dari tiga buah universiti di bahagian utara Malaysia. Hasil kajian menunjukkan kecekapan komunikasi antara budaya memerlukan tiga tema utama iaitu pembelajaran norma budaya, sensitiviti budaya dan keupayaan bahasa. Kajian ini memberikan perspektif yang dapat menyumbang kepada penelitian semula konsep kecekapan komunikasi antara budaya baharu dari konteks Malaysia

    Similar works