Penggunaan Pleco dalam pembelajaran bahasa Mandarin / Lee Chai Chuen and Nor Azrina Mohd Yusof

Abstract

Keupayaan berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin dengan efisyen secara lisan dan bertulis oleh seorang graduan universiti adalah sangat penting dalam mendepani cabaran Industri 4.0 and Internet of Things (IoT). Namun demikian, mempelajari Bahasa Mandarin bukan suatu perkara yang mudah kepada para graduan Melayu yang tidak mempunyai asas Bahasa Mandarin. Ini kerana sebagai penutur bukan jati Bahasa Mandarin, mereka bukan sahaja perlu belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin, malahan membaca dan menulis dengan menggunakan satu set karakter Cina yang berbeza dengan Bahasa Melayu. Hakikatnya, mempelajari Bahasa Mandarin merupakan satu cabaran besar terhadap pelajar yang langsung tidak mengenali atau memahami bahasa tersebut. Kajian awal ini bertujuan untuk memperkenalkan Kamus Cina Pleco dalam pengajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar-pelajar Melayu UiTM. Kamus Cina Pleco ini merupakan produk Pleco Software Incorporated. Pleco mempunyai empat ciri istimewa seperti kamus luar talian, enjin pencarian asas yang mudah, pengecaman tulisan tangan dan pengecaman karakter optik, justeru itu penggunaan Pleco ini dijangka mampu dapat membantu memudahkan pembelajaran Bahasa Mandarin

    Similar works