Penilaian tahap reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dan hubungannya dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran / Shamsulariffin Samsudin, Borhanuddin Abdullah dan Chee Chen Soon

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan di antara reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dengan pengetahuan, sikap dan kemahiran diperoleh selepas program. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menentukan perbezaan terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran pelajar sebelum dan selepas program. Reka bentuk kajian adalah berbentuk korelasi yang melibatkan 182 responden (L=96, P=86) yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PPGSR). Kajian ini menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick 1994, sebagai model penilaian dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan menggunakan format likert-scale. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis diskriptif, ujian-t berpasangan dan korelasi bagi menghuraikan dapatan kajian. Melalui analisis diskriptif menunjukkan tahap reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar yang dijalankan adalah pada tahap yang tinggi (M=4.00, SP=0.34). Bagi penganalisaan pengetahuan, sikap dan kemahiran sebelum dan selepas program menunjukkan peningkatan selepas program; pengetahuan min 3.67 (SP=0.41) sebelum program dan min 4.05 (SP=0.34) selepas program; sikap min 3.66 (SP=0.27) sebelum program dan min 4.06 (SP=0.28) selepas program; kemahiran min 3.78 (SP=0.22) sebelum program dan min 4.03 (SP=0.28) selepas program. Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan (t = -9.94, p = 0.00), sikap (t = -12.9, p = 0.00) dan kemahiran (t = -9.12, p = 0.00) sebelum dan selepas program dijalankan. Manakala terdapat hubungan signifikan di antara reaksi pelajar terhadap program Pendidikan Luar dengan pengetahuan (r=0.20, p=0.00), sikap (r=0.21, p=0.00) dan kemahiran (r=0.20, p=0.02). Perancangan dan penyusunan terhadap keseluruhan program adalah dapat memenuhi kehendak pelajar. Pelajar juga cenderung untuk mempelajari dan berubah kepada sesuatu yang lebih baik dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran selepas program. Peningkatan terhadap pengetahuan, sikap dan kemahiran adalah sangat berkait dengan keberkesanan perancangan dan pengolahan sesuatu program

    Similar works