Work Vs Study : Pengalaman Pelajar Sarjana Kaunseling Unimas Kohot Jabatan Ketua Menteri Sarawak

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengalaman kaunselor pelatih kohot JKM yang sedang mengikuti program Sarjana Kaunseling UNIMAS. Kajian ini berbentuk kualitatif terdiri daripada enam peserta kajian yang menerima Hadiah Latihan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Kaedah kajian yang digunakan adalah temubual semi-berstruktur dan data dianalisis menggunakan Analisis Bertema. Hasil dapatan menunjukkan tema utama adalah berkaitan dengan faktor pengalak untuk melanjutkan pelajaran, kesediaan dan penyesuaian, isu dan cara mengatasi cabaran yang dihadapi. Implikasi serta cadangan penambahbaikan terhadap program serta penaja turut dibincangkan

    Similar works