Seni Kraf Etnik memaparkan identiti budaya masyarakat Sarawak yang kaya dengan
sumber alam dan penyatuan pelbagai kaum asli yang juga merupakan salah satu
penyumbang kepada ekonomi di Sarawak. Daripada tinjauan rekaan dan pengaplikasian
seni Kraf Etnik bukan sahaja menitik berat nilai estetika tetapi merupakan aktiviti yang
menghubungkait peranan individu, kelompok masyarakat dan sumber alam semulajadi
berpandukan nilai kepercayaan dan adat istiadat. Ia bermula dengan aktiviti sampingan
keluarga yang tertumpu di kawasan desa persekitaran Sarawak dan berkembang menjadi
industri kraf berkonsepkan Satu Dearah Satu Industri (SDSI) yang diperkenalkan oleh
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Terdapat beberapa kawasan desa yang giat
dalam penghasilan kraf iaitu di daerah Serian, Sarikei, Sri Aman, Betong, Miri dan
Limbang. Kajian ini lebih tertumpu kepada sejauh mana keberkesanan pemantapan
strategi tersebut dan penerimaan penduduk desa di kalangan kaum asli dalam
mempertingkatkan aktiviti sosio-ekonomi secara komuniti melalui industri seni kraf.
Cadangan strategi pemantapan lebih menitik berat kepada peningkatan kualiti dan
kuantiti yang merangkumi pengaplikasian teknologi dari peringkat bekalan bahan
mentah, pengeluaran dan pegembangan pasaran serta penekanan aspek modal insan yang
mahir dan berilm