Geometri dan peranannya dalam reka bentuk bandar Islamik

Abstract

Geometri merupakan elemen utama yang digunakan bagi membina imej reka bentuk bandar Islamik bernilai estetik. Namun begitu, aplikasi bentuk bebas sebagai dasar dalam menyusun atur elemen perbandaran kurang mengutamakan fungsi dan nilai estetik reka bentuk geometri. Kesannya, susun atur elemen reka bentuk bandar yang tidak teratur, fungsi penggunaan ruang yang tidak optimum kepada pengguna dan kurang nilai estetik. Artikel ini membincangkan konsep geometri sebagai prinsip reka bentuk bandar Islamik dan penerapannya dalam konteks reka bentuk perbandaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mewujudkan reka bentuk ruang bandar yang mempunyai kualiti fungsi dan nilai estetik yang tinggi sebagai prinsip asas alam bina Islamik di Malaysia. Objektif kajian adalah mengenal pasti peranan dan fungsi geometri dalam reka bentuk bandar Islamik melalui kajian sejarah penciptaan matematik geometri dan corak geometri Islamik. Kajian ini menggunakan kaedah penerokaan (exploratory) ulasan literatur berkaitan sejarah tamadun alam bina Islam yang melibatkan konsep, peranan dan fungsi geometri disokong oleh pemerhatian dan pengalaman. Hasil penelitian menunjukkan kepentingan reka bentuk geometri dalam penghasilan reka bentuk bandar yang berfungsi dan bernilai estetik. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman maksud, konsep dan tujuan aplikasi reka bentuk geometri yang perlu diterapkan di dalam membentuk imej dan identiti reka bandar berciri Islamik yang lebih menarik di Malaysi

    Similar works