Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif pendekatan pengurusan

Abstract

Makalah ini akan menekuni unsur pengurusan yang terdapat dalam cerita lipur lara, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah Pendekatan Pengurusan dengan memberi fokus terhadap Prinsip Kepimpinan, iaitu salah satu prinsip dalam Pendekatan Pengurusan yang diutarakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis Prinsip Kepimpinan yang digunakan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Hasil analisis memperlihatkan Prinsip Kepimpinan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda amat dominan dan signifikan dalam menggambarkan pengurusan kepimpinan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur karya. Pengurusan kepimpinan ini menyerlah daripada dasar dan mekanisme pentadbir yang berwawasan dan berpandangan jauh, berjiwa rakyat, kebijaksanaan berkomunikasi dan bersemangat waja. Secara kesimpulannya, Prinsip Kepimpinan yang dipaparkan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini dapat mengangkat aspek pengurusan dalam teks karya sastera tradisional sejak zaman tradisi lisan

    Similar works