Kajian pelaksanaan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia

Abstract

Kekuatan organisasi ketenteraan boleh diukur menerusi tiga elemen penting iatu daya tembak (fire power), daya gerak (mobility power) dan daya juang (combat power). Aspek daya juang merangkumi aspek kesiagaan spiritual merupakan elemen asas yang perlu diperkukuhkan dalam diri setiap anggota tentera. Ia perlu berada pada tahap yang tinggi dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Kesiagaan insititusi ketenteraaan tidak hanya dinilai dari kelengkapan asset dan alatan canggih sematamata, malah yang terpenting ialah nilai kerohanian dalam diri setiap anggota tentera terutamanya dari sudut kesiagaan diri menggalas tanggungjawab dan amanah negara. Sehubungan itu Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) menerusi Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam ATM (PMAT 9/91), yang meliputi pelbagai program aktivtiti kerohanian dan pendidikan Islam kepada seluruh warga ATM, telah melaksanakan program pendidikan spiritual terhadap anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Fokus kajian adalah untuk membuat penilaian terhadap pelaksanaan program tersebut dari aspek perancangan,pelaksanaan dan juga pemantauan melalui perspektif anggota ATM. Metodologi kajian melibatkan pendekatan gabungan (mixedmethod) iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif telah digunapakai dan telah melibatkan seramai 1,137 orang responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang rapat dari aspek faktor suasana, faedah, guru dan pendakwah (anggota KAGAT), dan juga sikap anggota terhadap program. Dapatan kajian juga menunjukkan aspek kekuatan spiritual mempunyai hubungan yang positif terhadap kesediaan dan kekuatan tempur anggota Angkatan Tentera Malaysia. Sesungguhnya pendidikan Islam serta usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera perlu terus perkukuhkan agar tahap kesiagaan kerohanian anggota tentera dapat dipertingkatkan bagi memastikan anggota Angkatan Tentera Malaysia sentiasa memenuhi dua aspek utama daya juang (combat power) iaitu dari aspek fizikal dan juga spiritual (kerohanian) agar wujud insan tentera yang berkualiti dan cemerlang

    Similar works