Kesan undang-undang, norma dan nilai etika dari Tauhid paradigm terhadap keusahawanan dan masyarakat Malaysia

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan kesan undang-undang, norma dan nilai etika yang diambil dari pendekatan tawhid paradigm terhadap keusahawanan dan masyarakat Malaysia. Pembangunan keusahawanan merangkumi tiga kriteria utama iaitu, undang-undang, norma dan nilai-nilai etika. Dalam konteks perlembagaan undang-undang, pengekalan etika keusahawanan adalah dianggap penting. Di samping itu, bidang keusahawanan juga perlu membangungkan norma usahawan samada dari segi bertulis (kod etika) mahupun tersirat. Paradigma Tawhid diwujudkan bagi memupuk kawalan dalaman berdasarkan kerohanian Islam dan pembentukan iman serta akhlak yang kukuh bagi menyumbangkan kepada hubungan yang harmoni di antara keusahawanan PKS dan masyarakat Malaysia secara amnya. Temuduga secara peribadi terhadap usahawan PKS Malaysia yang dipilih dari sekitar Lembah Kelang telah dijalankan bagi mendapatkan pandangan serta maklumat lanjut berhubung dengan penyelidikan ini. Keputusan awal telah menunjukkan bahawa penglibatan undang-undang, norma dan nilai-nilai etika di PKS masih di peringkat awal. Walaubagaimana pun, keusahawanan PKS modular di bawah naungan pelbagai agensi yang berkaitan di Malaysia seperti FAMA, SME Corporation, TEKUN dam TERAJU adalah sejajar dengan prinsip keharmonian di antara perniagaan dan masyarat sejagat. Dicadangkan supaya kajian pada masa hadapan perlu menggunakan instrument yang lebih menyeluruh dan terperinci di samping mengumpul maklumat yang lebih meluas dari usahawan di setiap bidang dan kawasan

    Similar works