Talaqqi - Asas sebutan huruf al-Quran

Abstract

Buku yang dikhususkan bagi mereka yang mahu mempelajari al-Quran dari langsung tidak tahu. Buku “Talaqqi” cuba menampilkan keistimewaan tersendiri berbanding buku-buku seumpamanya, antaranya Menekankan cara sebutan (makhraj dan sifat) huruf dari awal peringkat “mengenal huruf” lagi. Ini bermakna disamping murid diajar mengenal huruf, guru mesti menekankan aspek sebutan (makhraj & sifat) huruf sejak dari langsung tidak tahu lagi. Kedua-dua aspek iaitu mengenal dan menyebut huruf tidak boleh diabaikan dalam pembelajaran buku “Talaqqi” ini. Sebagai sebuah buku asas sebutan dan bacaan, aspek tajwid perlu ditekankan dari peringkat awal lagi. Walaupun begitu, buku ini cuba mengelak dari penjelasan nama-nama hukum Tajwid tersebut dalam perbincangannya. Buku “Talaqqi” ini telah disusun supaya menepati kaedah penulisan al-Quran Resam Uthmani. Hukum-hukum Tajwidnya pula telah disusun bersesuaian dengan Riwayat Hafs ‘an ‘Asim melalui Toriq asy-Syatibiyyah. Penulis juga telah cuba sedaya upaya mengambil contoh dari ayat ayat al-Quran yang sebenar atau contoh dari Bahasa Arab. Oleh itu, semua hukum tajwid yang amat mustahak dan selalu ditemui dalam al-Quran telah diketengahkan dalam buku ini

    Similar works