Objektif pelancongan dalam al-Qur'an

Abstract

Pelancongan Islam merupakan satu cabang industri yang berkembang pesat di seluruh dunia namun dalam masa yang sama menghadapi cabaran besar untuk menjadinya kompetatif atau bahkan pilihan utama dalam persekitaran pasaran pelancongan moden yang terbuka. Dalam meraih peluang yang lebih baik, produk-produk pelancongan Islam perlu dipelbagaikan. Dengan menggunakan metode kajian literasi terhadap teks ayat-ayat al-Qur’an dan al-Sunnah, didapati terdapat banyak objektif pelancongan yang dituntut untuk dilaksanakan oleh kaum Muslimin dan yang seterusnya berpotensi diadaptasikan sebagai produk pelancongan yang boleh dimanfaatkan semua. Jenis-jenis produk yang telah dikenal pasti ialah seperti pelancongan kesedaran, keagamaan, motivasi, pendidikan, perniagaan, politik, perubatan, alam semula jadi, geografi dan kemasyarakatan. Setiap elemen yang ditemui disenaraikan di dalam kajian ini sambil diperkuatkan dengan nas dan perbincangan yang mendukung fakta bahawa setiap daripadanya adalah merupakan tuntutan agama dan keperluan setiap jiwa

    Similar works