Pembelajaran Bahasa Inggeris berbantukan web (WBAL) terhadap kesamaratan akses antara pelajar bandar dan luar bandar

Abstract

Satu daripada punca kemunduran pelajar luar bandar bersebab kemiskinan prasarana pembelajaran di sekolah. Kelemahan ini lebih ketara bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris disebabkan kekurangan guru yang layak dan mahir. Pelajar luar bandar ini juga kurang bernasib baik berbanding rakan mereka di bandar sebab Bahasa Inggeris jarang sekali didengar atau pun digunakan dalam komunikasi harian. Kajian ini merupakan satu usaha untuk menentukan sama ada akses kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan dengan menyediakan kemudahan pembelajaran bersandarkan Web. Tiga buah sekolah bandar dan tiga buah sekolah luar bandar yang mewakili tiga peringkat pembelajaran, iaitu Tahun Tiga, Tahun Lima dan Tingkatan Satu telah dipilih. kaedah eksperimental menggunakan kumpulan rawatan dan kawalan di setiap sekolah. Guru mengajar berbantukan Web selama 20 waktu meliputi hampir 10 minggu. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian Bahasa Inggeris bagi kumpulan rawatan berbanding kumpulan kawalan secara kesuluruhannya, bagi pelajar bandar berbanding luar bandar, dan di antara tiga tahap pendidikan

    Similar works