Kesedaran pendidikan di kalangan masyarakat orang asli di Malaysia

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kesedaran masyarakat orang asli terhadap pendidikan, pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah dan mengenalpasti faktor-faktor keciciran sebahagian daripada mereka. Kajian ini dijalankan di tiga tempat iaitu Gombak, Janda Baik dan Bangsar dengan menggunakan kaedah soal-selidik, temubual dan pemerhatian. Dapatan daripada kajian menunjukkan bahawa kesedaran di kalangan anak-anak orang asli ini telah lama wujud tetapi pengaruh budaya telah mnenyempitkan mentaliti mereka untuk mengubah gaya dan taraf hidup. Bahkan ibu bapa mereka juga turut menyedari hakikat kepentingan pendidikan. Oleh kerana kebanyakan ibubapa pelajar-pelajar orang asli mempunyai taraf pendidikan yang rendah, menyebabkan mereka tidak mampu untuk membantu dalam pelajaran anak-anak. Hal ini mendorong mereka menghantar anak-anak belajar di bandar dan menyerahkan segala tanggungjawab mendidik kepada pihak sekolah. Semoga kajian ini akan memberi inspirasi kepada pihak yang terlibat dengan perancangan dan pembangunan masyarakat orang asli di Malaysia

    Similar works