Penggunaan ICT dalam pengajaran bahasa Arab: kajian di sebuah pusat bahasa Arab

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif bagi meninjau penggunaan ICT di kalangan guru bahasa Arab di pusat bahasa UIAM. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian dan mengedarkan beberapa soalan kaji selidik di kalangan guru-guru bahasa Arab bagi mengetahui sejauh mana penggunaan ICT dalam pengajaran mereka. Data kajian dikumpul menggunakan soal selidik sebagai instrument yang diedarkan kepada 67 orang guru bahasa Arab di pusat bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Data yang dikumpulkan itu dianalisis menggunakan SPSS versi 11.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan ICT di kalangan guru bahasa Arab berada pada tahap sederhana. Oleh itu, tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pentadbir pusat bahasa untuk memastikan ICT diaplikasikan dengan sewajarnya dalam pengajaran bahasa Arab bersesuaian dengan perkembangan teknologi masa kini. Theme: Teaching Using IT/CAL

    Similar works