Globalisasi dan negara pembangunan

Abstract

Artikel ini membincangkan dampak globalisasi ke atas keupayaan negara untuk campur tangan dalam pembangunan berdasarkan wacana pembangunan kontemporer. Memang benar bahawa kegawatan ekonomi 1997 dan krisis ekonomi Jepun yang berpanjangan telah menyebabkan peranan negara dalam pembangunan semakin dipertikaikan. Negara dianggap tidak lagi relevan dan sepatutnya berundur bagi membolehkan pasaran mengendalikan urusan ekonomi secara lebih efisien. Walau bagaimanapun, soal pembangunan dan agihan tidak boleh diserahkan kepada kuasa pasaran semata-mata, peranan negara masih diperlukan tetapi negara mesti mengubahsuai peranannya supaya terus relevan seperti yang dibuktikan oleh kes Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. Era negara autoriter yang dipimpin oleh tokoh-tokoh kuat sudah berlalu atas desakan pendemokrasian. Pada hari ini, negara masih boleh berperanan dalam pembangunan dengan syarat, ia memajukan pembangunan yang mesra-rakyat, iaitu pembangunan yang tidak mengenepikan soal kebebasan dan pilihan rakyat yang diperjuangkan oleh masyarakat sivil. Artikel ini menyimpulkan bahawa negara pembangunan boleh terus aktif dalam merangsang pertumbuhan dan mengagihkan kekayaan negara dengan menumpukan pada soal tadbir urus baik dan ketelusan

    Similar works

    Full text

    thumbnail-image