Kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara membawa kepada kepesatan teknologi yang tinggi terutamanya dalam aspek komunikasi seharian. Terutamanya, umat Islam dan masyarakat berinteraksi melalui media sosial seperti instagram dan yang lain lain yang dipanggil “online interaction”. Tujuan kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengguna media sosial dan instagram agar menggunakannya kearah kebaikan yang dapat menggambarkan akhlak yang mulia sebagai umat Islam. Berdasarkan analisis kajian, terdapat empat tajuk yang dikupas, iaitu peranan instagram dalam Islam, kesan positif dan negatif dalam kalangan masyarakat, penerimaan media sosial dan instagram dalam Islam dan terakhir sekali isu dan cabaran media sosial dan instagram di Malaysia