Media sosial merupakan salah satu peranti perhubungan yang memberi sumbangan besar dalam kehidupan masyarakat kini. Media sosial dari masa ke masa semakin dicintai oleh masyarakat global. Media sosial mempunyai pelbagai kelebihan dan kemampuan berbanding dengan media lainnya. Pengunaan media sosial banyak membantu manusia dalam mengeratkan hubungan sesama mereka. Namun, segelintir pengguna media sosial menjadi terlalu obses dalam penggunaan peranti perhubungan tersebut hingga mengakibatkan ketagihan. Ketagihan media sosial mendatangkan pelbagai kesan negatif mahupun positif terhadap kehidupan masyarakat masa kini. Bukan sahaja dari sudut fizikal, malah media sosial juga turut memberi impak yang besar terhadap sudut psikologi seseorang individu. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengupas dengan lebih mendalam terhadap impak media sosial kepada psikologi seseorang individu. Sudut psikologi yang dibincangkan adalah emosi, stress, depresi, anxiety, materialisme dan insomnia. Daripada konteks yg dibincangkan, dapat dirumuskan bahawa media sosial lebih memberi impak yang negatif terhadap psikologi sesorang individu berbanding positif