Yusof Rawa dan Majalah Al-Islah : kajian terhadap idea-idea pembaharuan / Hamidah binti Jalani

Abstract

Kebangkitan semula Islam di tahun 70-an telah melahirkan sebuah majalah berbentuk islah dengan nama al-Islah. Tuan Haji Yusof Rawa merupakan peneraju utama kepada penerbitannya, di samping sebagai penulis dan juga penyunting kepada majalah ini. Melalui Tuan Haji Yusof Rawa, tumpuan akan diberikan kepada latar belakang dan sumbangannya terhadap perkembangan Majalah al-Islah. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk menganalisis perkembangan sejarah penerbitan majalah sekitar tahun 70-an di Pulau Pinang. Lima tema dipilih berdasarkan kepada isu pada ketika itu, iaitu isu-isu mengenai pendidikan, politik, perundangan, sosial dan ekonomi. Manakala dua metode diaplikasikan dalam kajian ini iaitu metode analisis teks dan menemubual beberapa orang informen pangkal, antaranya Dr. Mujahid anak bongsu beliau dan beberapa orang tokoh yang hidup sezaman dengan Tuan Haji Yusof Rawa. Dapatan kajian mendapati, Tuan Haji Yusof Rawa memainkan peranan yang cukup besar dalam usahanya menerbitkan Majalah al-Islah. Majalah ini, hanya memberi sumbangan dalam memberi teguran kepada masyarakat, pemimpin, pemimpin politik, ahli akademik dan sebagainya agar sentiasa terkehadapan dalam apa jua bidang di samping memperbaharui setiap ‘kerosakan dan kejahilan’ yang lahir di dalam kehidupan masyarakat. Dan keterbatasan masa serta kemampuan, banyak isu seperti analisis terhadap kekerapan isu, penilaian terhadap penggunaan sistem ejaan Jawi dan biografi penulis-penulis al-Islah tidak disentuh di dalam kajian ini

    Similar works