research

Perkembangan koleksi e-books di perpustakaan akademik: Pengalaman Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

Abstract

Pengalaman menyediakan perkhidmatan dan akses kepada koleksi e-books dalam persekitaran akademik adalah suatu yang baru di negara ini. Prasarana di Institusi Pengajian Tinggi berbeza dan amat berkait rapat dengan konsep dan fokus pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan universiti. Memandangkan konsep pengajian di OUM merupakan gabungan (blended) yang dikenali sebagai pembelajaran terbuka dan jarak-jauh (Open and Distance Learning), maka membangunkan perpustakaan digital dan menggalakkan penggunaan koleksi digital (pangkalan data/koleksi e-buku dan e-jurnal berteks penuh) adalah cabaran dan pengalaman yang unik. Kertas kerja ini memfokus kepada memaparkan pengalaman tersebut, berdasarkan maklumbalas dan maklumat statistik yang diperolehi dalam laporan bulanan. Ianya menumpukan kepada beberapa strategi perpustakaan dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan tersebut agar dapat dimanfaatkan oleh pengguna semua

    Similar works