research

Usahawan dalam era K-Ekonomi

Abstract

Era K-Ekonomi bukan sahaja menyaksikan perkembangan teknologi maklumat dan telekomunikasi, malah juga menyaksikan perkembangan dalam pelbagai dimensi sosial, teknologi, politik, ekonomi dan persekitaran alam semula jadi. Globalisasi adalah salah satu aspek dimensi ekonomi yang sedang melanda di seluruh dunia. Globalisasi yang juga dikaitkan dengan "perkampungan global" dan dunia "tanpa sempadan" telah mengubah cara hidup masyarakat dan kaedah dan cara berniaga ke arah perniagaan antarabangsa dan global. Usahawan yang maju dan berdayasaing telah mengambil tindakan proaktif untuk terus berdayamaju dan berdaya tahan dalam perniagaan global. Pelaburan dalam teknologi, teknologi maklumat (IT) dan telekomunikasi telah meningkatkan lagi kelebihan dayasaing dan keteguhan usahawan dalam era globalisasi. Di samping itu usahawan perlu menjalinkan jaringan dengan syarikat transnasional agar perlimpahan teknologi dan peluang menebusi pasaran, maklumat dan kewangan dapat di capai dengan lebih berkesan. Akhir sekali, usahawan perlulah mempunyai beberapa kriteria bagi mencapai kejayaan yang kritikal dalam jaringan tersebut

    Similar works