unknown

Sikap dan jangkaan masyarakat terhadap Wawasan 2020

Abstract

Wawasan 2020 merupakan satu agenda utama negara yang dibentuk bagi merencanakan negara ke arah negara maju dengan acuannya tersendiri . Sebagai satu gagasan yang ulung, maka tinjauan sikap dan jangkaan masyarakat terhadap wawasan ini dianggap signifikan sebagai asas menilai kesediaan masyarakat menyahut kesembilan-kesembilan cabaran yang diutarakan oleh wawasan ini.Seramai 2196 orang daripada pelbagai kategori telah dijadikan sampel yang mencakupi seluruh Semenanjung Malaysia. Hasil kajian ini umumnya boleh dibahagikan kepada tiga. Pertama masyarakat secara umumnya tanpa mengira bangsa, pendapatan mahupun pendidikan menerima wawasan ini sebagai satu agenda yang perlu dihayati dan diyakini akan matlamatnya. Kedua masyarakat juga dengan jelas mempunyai sikap dan jangkaan yang cabaran-cabaran di dalam wawasan 2020 ini mampu dicapai. Ketiga adalah mengenai penilaian halangan serta kekuatan yang dimiliki oleh negara dalam usaha mencapai wawasan. Dalam hal ini kebanyakan responden melihat politik pelbagai parti (politik perkauman) yang ada sekarang dan pengagihan kekayaan sebagai eleman kelemahan utama yang mungkin menjadi penghalang kepada tercapainya cita-cita wawasan 2020

    Similar works