Kedudukan graduan Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah : Satu analisis / Erny Arniza Ahmad…[et al.]

Abstract

Penyelidikan ini menganalisis kedudukan graduan dari UiTM Cawangan Kedah selepas 6 bulan mereka menamatkan pengajian. Seramai 377 orang responden daripada 5 program utama terlibat di dalam kajian ini. Kaedah borang soal selidik telah digunakan untuk mengutip data. Data-data seterusnya dianalisis menggunakan statistik perihalan iaitu kekerapan dan peratusan. Aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan kepada demografik, latar belakang pendidikan awal, pengajian di UiTM Cawangan Kedah dan pengalaman pembelajaran di UiTM Cawangan Kedah. Hasil kajian menunjukkan graduan lebih cenderung memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hanya segolongan kecil daripada kumpulan graduan ini yang bekerja. Namun begitu, terdapat juga golongan graduan yang gagal untuk mendapatkan sebarang pekerjaan mahupun melanjutkan pengajian mereka. Analisis data seterusnya juga mendapati penambahbaikan terhadap beberapa aspek amat perlu dititikberatkan oleh pihak pengurusan universiti mahupun pelajar itu sendiri bagi mempertingkatkan kualiti, tahap kepuasan dan juga daya saingan graduan keluaran Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah

    Similar works