Di negara seperti Malaysia yang menghadapi perkembangan ekonomi yang pesat, taraf kesihatan dan amalan
aktiviti harian masyarakat perlu diberi penekanan. Kemajuan dan kenikmatan penggunaan teknologi moden
bagi melaksanakan aktiviti harian memberi kesan pergerakan fizikal yang semakin kurang aktif. Program Malaysia Cergas dan Kempen Cara Hid up Sihat dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian
Belia dan Sukan, adalah antara program yang diadakan bertujuan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat
untuk melakukan aktiviti fizikal, senaman dan bersukan sebagai rutin individu untuk mengekalkan kesihatan
yang baik