Program Pembangunan Usahawan Bumiputera Dan Pembasmian Kemiskinan : Kajian Di Negeri Melaka

Abstract

Program pembangunan usahawan yang dijalankan kerajaan diakui menggalakkan perkembangan usahawan Bumiputera dan juga adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan kadar kemiskinan. Sehubungan itu, kertas kerja ini membincangkan kepentingan ciri-ciri keusahawanan bagi memastikan program pembangunan usahawan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan adalah tidak sia-sia. Kertas kerja ini juga melihat penekanan kerajaan terhadap keusahawanan sebagai mekanisma bagi membasmi kemiskinan. Dirumuskan penekanan terhadap pembangunan diri perlu diberikan perhatian serius dalam program pembangunan usahawan Bumiputera kerana kemahuan keusahawananlah yang mendorong kepada kejayaan usahawan seterusnya mengurangkan tahap kemiskinan di kalangan masyarakat

    Similar works