Abstract

Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah universiti perintis yang berusaha untuk memperkasakan bakat masa depan dan mengupayakan generasi awal demi mentransformasi kesejahteraan ilmu pengetahuan. Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS) dalam usaha menyokong usaha tersebut telah menubuhkan Jawatankuasa Kempen Membaca (JKM) untuk menabur bakti dengan mengadakan program kesedaran tentang kepentingan membaca dan memanfaatkan Perpustakaan dari peringkat awal. Program Jombaca@PHS merupakan program utama yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kempen Membaca (JKM) bertujuan berkongsi kepakaran tentang pengurusan Perpustakaan dengan masyarakat terutama komuniti dalaman USM

    Similar works