Kandungan beberapa jenis logam berat di dalam berbagai jenis ikan laut dan hasil makanan berasaskan ikan laut adalah rendah. Ini bererti bahawa semua sampel yang telah dikaji
tidak akan menyebabkan gangguan kesihatan yang disebabkan oleh ketoksikan logam berat beracun. Pada kajian awal kandungan kadmium (Cd) pada beberapa jenis ikan didapati
agak tinggi, tetapi setelah di adakan kajian ulangan, semua sampel kenunjukkan kadar kandungan Cd juga rendah. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak lengkap kerana logamlogam
berat beracun yang lain seperti merkuri dan arsenik tidak dikaji. Sepatutnya alat-alat radas seperti spektrofotometer penyerapan atom mesti dilengkapi dengan peralatan
tambahan sehingga boleh digunakan' mengikut keperluan penyelidikan. Data juga menunjukkan bahawa ikan dan produk ikan boleh membekalkan Zn, K dan Fe yang cukup tinggi