Faculty of Shariah and Law, UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Abstract
Tanah adat dan undang-undang tanah adat merupakan salah satu ciri utama dalam pewarisan harta mengikut adat perpatih yang memberikan amanah kepada kaum perempuan untuk mewarisi tanah adat. Namun, timbul persoalan tentang tahap pengamalan masyarakat terhadap undang-undang ini pada hari ini dan isu-isu yang timbul sepanjang perlaksanaan undang-undang tersebut. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat serta isu-isu yang berkaitan dengannya. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah survei yang melibatkan 525 orang sampel berdasarkan teknik prosedur pensampelan rawak mudah. Hasil kajian mendapati bahawa tahap amalan masyarakat di Negeri Sembilan terhadap tanah adat dan undang-undang tanah adat masih lagi tinggi. Namun, terdapat beberapa isu yang timbul di sepanjang perlaksanaan undang-undang ini. Masalah yang timbul berpunca sama ada di pihak pejabat tanah mahupun pengamal tanah adat itu sendiri. Implikasi kajian ini ialah dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tahap amalan dan isu-isu yang timbul berkaitan tanah adat dan undang-undang tanah adat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengenal pasti kaedah yang terbaik untuk menangani masalah-masalah yang timbul agar amalan tanah adat dan undang-undang tanah adat boleh dilaksanakan dalam suasana yang lebih harmoni