PEMBINAAN INSTRUMEN KEPATUHAN JURUTERA TERHADAP ASPEK ETIKA DALAM PROFESION KEJURUTERAAN (DEVELOPMENT OF ENGINEERS’ ETHICAL COMPLIANCE INSTRUMENT IN ENGINEERING PROFESSION)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen kepatuhan jurutera terhadap aspek etika  untuk mengukur tahap kepatuhan jurutera terhadap aspek etika dalam profesion kejuruteraan. Instrumen dibentuk berdasarkan konstruk yang dibina oleh pengkaji dan diperhalusi oleh 2 orang pakar dalam bidang kejuruteraan, dan seorang dalam bidang bahasa. Satu set soal selidik telah dibina dan diedarkan kepada 376 orang jurutera dalam pelbagai bidang kejuruteraan di Malaysia. Bagi menguji bilangan faktor dan kebolehpercayaan, data kajian dianalisis menggunakan statistik inferensi iaitu analisis faktor dan nilai pekali Alpha Cronbach. Dapatan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen ini sangat tinggi iaitu  dengan nilai pekali Alpha Cronbach antara α = 0.744 hingga α = 0.872. Pembinaan konstruk kepatuhan jurutera terdiri daripada faktor diri sendiri, faktor disiplin dan peraturan di tempat kerja, faktor persekitaran, faktor nilai agama dan faktor pengalaman. Kajian ini juga mendapati instrumen kepatuhan jurutera yang dibina mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Justeru, pembinaan instrumen ini diharap dapat dijadikan alat ukur serta garis panduan kepada para jurutera dan para akademik dalam menerapkan nilai etika semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT), mahupun dalam profesion mereka dalam usaha melahirkan jurutera yang holistik bagi memenuhi keperluan negara. Kata Kunci: kepatuhan, etika, profesion kejuruteraan ABSTRACT This study aimed to develop an instrument of engineers’ ethical compliance to measure the degree of adherence of engineers towards ethical aspects in engineering profession. The instrument was formed based on the constructs developed by researchers and refined by two experts in the field of engineering, and one in the field of language. A questionnaire was developed and distributed to 376 engineers in various fields of engineering in Malaysia. To test the number of factors and reliability, data were analysed using inferential statistics namely factor analysis and the Cronbach alpha coefficient. The results yielded high reliability of this instrument, with a Cronbach alpha coefficient of α = 0.744 and α = 0872. Moreover, engineers’ compliance constructs comprise few factors like self-individual, discipline and regulatory in the workplace, environment, religion and experience. The study also found the instrument had high level of reliability and validity. Hence, the instrument is expected to guide engineers and academics in applying ethical values into their teaching and learning sessions in Higher Education Institutions (HEIs), or even in their profession in order to produce holistic engineers to meet the needs of the country. Keywords: compliance, ethics, engineering professio

    Similar works