Pemasaran keusahawanan: pengalaman pengusaha hotel yang berskala kecil dan sederhana

Abstract

Kajian menunjukkan bahawa hotel yang tidak berbintang, hotel yang berbintang satu, dua dan tiga di Sabah terutarnanya hotel yang dimiliki oleh seorang pemilik individu atau beberapa orang pemilik secara bersendirian tidak berupaya bertahan terhadap perubahan persekitaran seperti kegawatan ekonomi dan ancarnan persaingan. Penyelidikan lepas mengenalpasti bahawa pemasaran merupakan satu fungsi yang penting kepada pengusaha hotel yang bersaiz keeil dan sederhana untuk terns kekal dalarn industri penginapan di Sabah. Kebanyakan pengusaha hotel yang bersaiz keeil dan sederhana bersetuju bahawa untuk berkembang dan terns kekal dalarn industri penginapan di Sabah yang semakin kompetitif dengan persaingan harga yang sengit disebabkan saiz pasaran yang tcrhad, mereka perIu sarna ada menembusi pasaran yang sedia wujud atau memasuki pasaran yang baru. Akan tetapi, mereka tidak tahu bagaimana untuk berbuat sedemikian. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji strategi pemasaran yang telah dirancangkan dan diimplimentasikan oleh pengusaha hotel yang bersaiz keeil dan sederhana dalam bersaing untuk memperolehi syer pasaran, iaitu, penjualan bilik dalarn industri penginapan. Sehubungan ini, penyelidikan ini meninjau sarna ada pengusaha hotel yang bersaiz keeil dan sederhana hanya menjalankan aktiviti pemasaran yang umum yang dianggap sebagai aktiviti sampingan sahaja. Penyelidikan ini juga berharap dapat mengkaji bagaimana pemasaran boleh membantu pengendali hotel yang tidak berbintang, hotel yang berbintang satu dan dua untuk kekal secara kompetitif dalam pasaran. Penyelidikan ini adalah berbentuk kualitatiĀ£ Pengumpulan data adalah melalui temuduga mendalam dengan pengusaha hotel. Laporan hasil penyelidikan akan berdasarkan konsistensi dalam data yang dikumpulkan melalui temuduga mendalam tersebut

    Similar works