Model gelagat pengguna Muslim: analisa perspektif sarjana ekonomi Islam / Mohd Zaid Mustafar dan Mohammad Taqiuddin Mohamad

Abstract

Teori gelagat pengguna dalam kerangka ilmu ekonomi konvensional telah bermula dari Barat selepas kemunculan fahaman kapitalis yang bertunjangkan kepada konsep „rasionalisme ekonomi‟ dan „utilitarianisme‟. Kedua-dua konsep ini mengandaikan penggunaan utiliti secara maksimum sebagai objektif utama pengguna. Secara tidak langsung, ianya melahirkan pengguna yang hanya bermatlamatkan kepuasan semata-mata. Fenomena ini menyebabkan para ahli ekonomi Islam mengambil inisiatif untuk menghasilkan model gelagat pengguna yang berteraskan Islam. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan secara ringkas model gelagat pengguna Muslim menurut perspektif para sarjana ekonomi Islam. Antaranya model binaan Monzer Kahf, Fahim Khan, Shawqi Dunia, Bendjilali dan Bashir, Mohammed Afr, Assaduzzaman, Muhammad Anas Zarqa dan Abdul Hamid Abdul Latif Mahboo

    Similar works