Penilaian pelaksanaan kurikulum sejarah STPM sistem modular di Sarawak

Abstract

Kajian ini berkaitan dengan penilaian pelaksanaan Kurikulum Sejarah STPM Sistem Modular bagi menilai tahap pelaksanaannya di sekolah. Penyelidik menggunakan model penilaian berorientasikan Model Penilaian CIPP, Stufflebeam (1971) yang telah diubahsuai. Tumpuan kepada dua dimensi iaitu dimensi proses dan produk. Dapatan kajian ini menjadi indikator utama dalam usaha memperkasakan pendidikan Tingkatan Enam (pra Universiti) berteraskan sistem modul dari semasa ke semasa. Beberapa cadangan dan penambahbaikan juga dicadangkan supaya boleh digunakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasa pelaksanaan Kurikulum Sejarah STPM Sistem Modular di sekolah-sekolah di Malaysia

    Similar works