Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV): kesediaan guru vokasional dalam pelaksanaan pengajaran kursus seni kulinari kolej vokasional

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan deskriptif yang bertujuan untuk mengetahui kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran Kursus Seni Kulinari di kolej vokasional aliran Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Kesediaan guru yang dikaji adalah dari segi tahap pengetahuan dan pemahaman guru terhadap sukatan pelajaran Kursus Seni Kulinari, tahap keyakinan guru dan permasalahan yang dihadapi dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari. Kajian ini telah dijalankan kepada guru yang mengajar Kursus Seni Kulinari di tiga buah kolej vokasional (KV) iaitu KV Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Setapak (Selangor), KV Sultan Abdul Samad (Selangor) dan KV Dato Undang Haji Muhammad Sharip, Rembau (Negeri Sembilan). Secara keseluruhannya, didapati tahap pengetahuan dan pemahaman guru terhadap sukatan pelajaran Kursus Seni Kulinari berada pada tahap tinggi. Namun tahap keyakinan guru dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari berada pada tahap tinggi yang sederhana. Permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam mengendalikan pengajaran Kursus Seni Kulinari juga perlu diberi perhatian dengan aspek peralatan serta pengetahuan dan kemahiran guru dilihat sebagai masalah yang dikenalpasti berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini juga telah memberikan beberapa cadangan kajian dan juga cadangan lanjutan bagi meningkatkan kesediaan guru dalam pelaksanaan pengajaran Kursus Seni Kulinari di kolej vokasional

    Similar works