Nilai kualiti air minuman di Daerah Kubang Pasu pendekatan gelagat mengelak risiko

Abstract

Kajian ini mengukur kesanggupan untuk membayar oleh pengguna untuk mendapatkan air minuman yang bersih.Dengan memfokuskan kepada penduduk di Daerah Kubang Pasu, Kedah, nilai kesanggupan membayar diukur dengan menggunakan teknik “gelagat pengelak risiko”.Hasil kajian mendapati perbelanjaan mengelak bagi responden di Kubang Pasu, Kedah dianggarkan pada RM74.52/sebulan (memasak air dengan elektrik) dan RM161.83/sebulan (memasak air dengan gas).Kedua-dua kos ini mengambil kira kos masa yang terpaksa digunakan untuk aktiviti ini.Perbelanjaan mengelak melalui pembelian air yang dibotolkan ialah RM41.98/sebulan.Bagi yang menggunakan penapis air, secara puratanya kos yang dikeluarkan bagi pertama kali pembeliannya ialah RM998

    Similar works