Diaspora dan globalisasi: Potensi ancaman kepada keselamatan Malaysia

Abstract

Konflik dunia melahirkan diaspora tetapi diaspora juga boleh mencetuskan konflik.Globalisasi sistem maklumat dan perubahan teknologi pengangkutan menyelerakkan pergerakan diaspora.Pergerakan diaspora kini tidak lagi bersifat konservatif iaitu dari negara membangun ke negara maju, tetapi kini pergerakan diaspora beralih arah menuju ke negara-negara membangun.Akibat dari itu, kesan diaspora tidak lagi hanya tertumpu kepada negara-negara maju sebaliknya negara membangun turut terdedah kepada kegiatan diaspora.Di antara kesan besar akibat dari pergerakan diaspora ialah ia berpotensi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.Penelitian menggunakan data-data skunder dari kes-kes pergerakan diaspora di beberapa buah negara.Hasil kajian menunjukkan perkembangan globalisasi memberi kesan kepada corak pergerakan dan kegiatan diaspora; dan Malaysia mempunyai suasana untuk membenarkan diaspora aktif beroperasi

    Similar works